suria

Mayat wanita ditemui di Pantai Cahaya Bulan

KOTA BHARU: Mayat seorang wanita separuh bogel ditemui di celah batu di Pantai Cahaya Bulan di sini, semalam.

Mayat wanita berusia dalam lingkungan 50an yang belum dikenalpasti identitinya itu ditemui penduduk kampung berkenaan pada kira-kira pukul 11 pagi.

"Mayat wanita itu hanya berseluar dalam dan memandangkan wajah wanita itu masih jelas, kami telah meminta penduduk kampung itu membuat pengecaman tetapi sehingga kini tiada siapa pun yang mengenalinya," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu Supt Idris Abd Rafar.

Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat, polis percaya wanita itu mati dalam tempoh 48 jam lepas dan hasil bedah siasat mendapati wanita itu mati akibat lemas.

Wanita itu dipercayai berbangsa Melayu, berkulit agak gelap, mempunyai tubuh yang kecil dan kurus serta memiliki parut luka lama di dagu, katanya.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan atau mempunyai maklumat mengenai perkara itu supaya menghubungi SM Mat Zaid Othman di talian 019-9377657 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Sebelum