Himpunan mansuhkan PPSMI diteruskan tanpa permit - Semasa | mStar

Himpunan mansuhkan PPSMI diteruskan tanpa permit

SHAH ALAM: Himpunan Aman 100,000 orang sempena majlis penyerahan memorandum pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di hadapan Istana Negara pada 7 Mac ini akan tetap diteruskan walaupun tanpa permit polis.

Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) Datuk Dr Hassan Ahmad berkata mereka bukan mahu mengadakan demonstrasi, sebaliknya hanya mahu mempersembahkan memorandum itu kepada Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Itu salahkah? Saya rasa ia tidak perlu permit (polis) pun," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perjumpaan GMP bersama persatuan yang menyokong gerakan itu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini malam tadi. Turut hadir Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

Hassan yang juga bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata memorandum setebal lapan halaman dengan menggunakan bahasa Istana itu ditandatangani beliau serta lima anggota GMP dan pihaknya juga telah menghubungi setiausaha sulit kanan Yang diPertuan Agong pagi semalam.

Beliau berkata memorandum itu antara lain menyembah maklum kepada baginda bahawa PPSMI yang diperkenalkan pada 2003 adalah satu keputusan yang silap dan perlu dikembalikan kepada bahasa ibunda.

Setiausaha GMP, Hasni Abas pula berkata gerakan itu telah menghantar permohonan untuk mendapatkan permit ke Bukit Aman Sabtu lepas tetapi diminta berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Setakat ini, GMP belum mendapat kelulusan daripada polis untuk perhimpunan itu, katanya.

Beliau mendakwa sehingga kini, gerakan itu mendapat sokongan daripada 132 gabungan yang mewakili pelajar, kesatuan sekerja, persatuan ulama dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kebangsaan.

Malah, katanya, usaha GMP turut mendapat sokongan masyarakat Orang Asli di Tapah, Perak, dalam satu pertemuan Sabtu lalu, apabila Tok Batinnya menyatakan persetujuan untuk menghantar dua bas rombongan bagi menyertai perhimpunan itu.

Semalam, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilapor berkata Kementerian Pelajaran telah menyiapkan kertas berhubung cadangan pelaksanaan PPSMI untuk dibentang kepada Kabinet dalam masa terdekat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain