suria

PERKEMBANGAN TERKINI KRISIS POLITIK PERAK

BERIKUT adalah perkembangan terkini politik di Perak sepanjang hari ini.

- Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengeluarkan perintah melarang Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak mengikut undang-undang.

- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mengadakan sidang tergempar di kawasan tanah lapang kira-kira 200 meter dari bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri.

- Sidang tergempar meluluskan tiga usul iaitu meminta supaya DUN dibubarkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kekal sebagai Menteri Besar dan mengiktiraf keputusan Speaker menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco lain.

- Mahkamah Tinggi Ipoh menolak pasukan peguam swasta mewakili Speaker.

- Dalam kes saman yang difailkan Dr Zambry dan enam Exco, Speaker diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri.

- Pasukan peguam Dr Zambry dan enam Exco mengemukakan permohonan tambahan pagi ini - dipanggil relief sampingan - bagi mendapatkan perintah injuksi melarang sebarang mesyuarat DUN yang tidak sah diadakan.

- Mahkamah mendengar perintah tambahan tersebut pada pukul 2.30 petang.

- Nizar akan memohon menghadap Sultan Perak untuk meminta perkenan baginda bagi membubarkan DUN.

- ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming membuat laporan polis berasingan terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias kerana didakwa menghalang mereka dan 26 ADUN yang lain daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi tadi.

Artikel Lain