suria

PAS cuba bawa persepsi keputusan Sultan Perak menyalahi syarak - Muhammad Taib

TAIPING: PAS cuba membawa persepsi bahawa Sultan Perak melakukan satu perbuatan yang menyalahi syarak, apabila parti pembangkang itu sewenang-wenangnya melabel kerajaan negeri Perak yang baru sebagai sebuah kerajaan haram, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional yang baru adalah kerajaan yang sah dari segi syarak kerana pemilihan Menteri Besar dan pelantikan anggota Exco dibuat mengikut lunas-lunas yang betul.

"Kenyataan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dalam akhbar bahawa kerajaan Perak sekarang adalah kerajaan haram, cuba memberi maksud bahawa kerajaan yang telah direstui oleh Sultan sebagai menyalahi syarak," katanya kepada pemberita dekat sini hari ini. BERNAMA

Artikel Lain