suria

GALERI GAMBAR KRISIS POLITIK DI PERAK

DIKAWAL... Pasukan FRU dan polis mengawal pintu masuk ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pagi tadi.

MESYUARAT TERGEMPAR DITERUSKAN... Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan 28 Exco Pakatan tetap menghadiri sidang DUN tergempar.

KEMAS KINI...Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar yang lengkap berpakaian Yang Dipertua Dewan menyusun dokumen-dokumen sebelum memulakan 'sidang tergempar' di bawah pokok.

MESYUARAT DI BAWAH POKOK... Sidang DUN tergempar Perak yang diadakan di bawah pokok hari ini telah meluluskan tiga usul.

HALANG...Anggota Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dari PAS cuba menghalang pergaduhan yang tercetus antara penyokong Pakatan dan BN.

GADUH... Seorang daripada ADUN daripada pembangkang dihalang memasuki Bangunan SUK. BARISAN PEGUAM... Datuk Mohd Hafarizam Haron, Abu Bakar As-Sidek, Chiang Mai dan Firus Hussein mewakili BN dalam saman yang difailkan oleh Menteri Besar Besar, Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir.

BERI KENYATAAN... Barisan peguam BN memberi kenyataan kepada pemberita di luar perkarangan Mahkamah Ipoh hari ini. -- foto The Star oleh SAIFUL BAHRI, LEW YONG KAN dan ZABIDI TUSIN

Artikel Lain