suria

Pekarangan Parlimen tanggungjawab polis - Karpal

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini berkata, polis tidak sepatutnya membataskan kuasa mereka walaupun Parlimen telah mempunyai pasukan keselamatannya sendiri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata: "Asalkan sesuatu berlaku di luar dewan, menjadi tugas polis untuk mengambil tindakan".

Katanya, tindakan sekumpulan individu yang menyerbu dan mengepungnya Khamis lalu di bangunan Parlimen boleh disabitkan dengan kesalahan serius.

"Menghalang mana-mana anggota Parlimen dari menjalankan tugas adalah kesalahan serius," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman, Jumaat lepas yang dilaporkan berkata bahawa secara asasnya, kawalan dalam pekarangan Parlimen bukan di bawah tanggungjawab polis.

"Apa yang pasti, di Parlimen telah ditempatkan pengawal keselamatan Parlimen yang mencukupi yang juga dibantu oleh Pasukan Gerak Am," kata Mohammad Sabtu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain