suria

Ibrahim Ali tidak mahu layan desakan letak jawatan MP

KOTA BAHARU: Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan melayan sebarang provokasi pihak-pihak tertentu yang mendesak beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen.

Beliau mengakui sedar adanya desakan hebat dari PAS supaya beliau meletak jawatan ekoran kelantangannya bersuara menentang parti itu walaupun beliau bertanding di Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum yang lalu di atas tiket PAS.

"Walau apa yang mereka lakukan untuk memaksa saya letak jawatan, saya tidak akan layan kerana seseorang anggota parlimen tidak boleh bertanding semula sebelum tamat tempoh lima tahun mengosongkan kerusi yang dimenanginya," katanya.

"Jadi, tunggulah pilihan raya umum ke-13 nanti, saya akan bertanding semula bagi untuk membuktikan pengaruh sama ada masih diterima pengundi kawasan (Parlimen Pasir Mas) atau tidak," tambahnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada pada Majlis Penerangan Khas Kesetiaan dan Kedaulatan Raja anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini, hari ini.

Ibrahim berkata, adalah sesuatu yang aneh apabila PAS bertindak meminta beliau meletak jawatan semata-mata kerana beliau menyuarakan pandangan di tempattempat terbuka termasuk di Parlimen.

"Prinsip saya sejak dari dulu lagi, suka menyuarakan pandangan dan menentang segala kemungkaran sama ada dalam mana-mana parti sekalipun," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain