suria

Kes Anwar: Mahkamah putuskan 5 Mac untuk semakan permohonan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 5 Mac depan untuk memutuskan rayuan pasukan pendakwaan memindahkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Mahkamah Sesyen.

Semalam, Mahkamah Tinggi menolak bantahan awal Anwar Ibrahim terhadap rayuan pasukan pendakwaan untuk kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi.

Terdahulu pada sidang mahkamah pagi semalam, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kekal mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran keputusan pihak pembela untuk menarik balik permohonan menggugurkan beliau.

Ketua pasukan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah berkata, Mohd Yusof telah menghantar afidavit yang membuat perakuan bahawa beliau tidak mempunyai kertas siasatan insiden mata lebam bekas Timbalan Perdana Menteri itu walaupun beliau menganggotai Suruhanjaya Diraja menyiasat insiden tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain