suria

MB Selangor menghadap Sultan pagi ini bincang isu Elizabeth

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kini sedang menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berhubung isu peletakkan jawatan Elizabeth Wong sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Kerajaan Negeri berikutan tersebarnya gambar separuh bogel ADUN tersebut.

Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfaezah, Khalid mula menghadap Sultan bermula pukul 9 pagi tadi di Istana.

"Sidang media berhubung isu menghadap itu akan diadakan selepas mesyuarat Exco, pada pukul 5 petang ini," katanya kepada b>mStar Online hari ini.

Minggu lalu, Wong daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan peletakan jawatannya sebagai ADUN dan Exco berikutan tersebarnya gambar dan video separuh bogel beliau.

Khalid yang juga ADUN Ijok berkata, sementara keputusan dibuat, Wong akan bercuti seperti yang dicadangkan beliau minggu lalu dan tugasnya akan dipertanggungjawab kepada semua ahli Exco negeri.

Katanya, cuti tersebut tidak melebihi tempoh sebulan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, sebarang keputusan berhubung isu ini hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan Sultan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain