suria

BN sedia hadapi pilihan raya kecil Batang Ai

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pihaknya akan membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya kecil kawasan tersebut.

Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, BN sepertinya akan bertanding dalam pilihan raya itu kerana kerusi tersebut memandangkan ADUN kawasan itu, Datuk Dublin Unting yang meninggal dunia awal pagi akibat serangan angin ahmar adalah daripada BN.

"Kita kena bertanding sebab wakil rakyat sebelum ini adalah daripada BN. Bila pihak SPR tentukan tarikh, kita akan buat persediana menghadapi pilihan raya tesebut," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi di Parlimen di sini, semalam.

Dublin, 53, yang juga Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) meninggal dunia kira-kira pukul 1.25 pagi akibat serangan angin ahmar.

Ditanya sama ada beliau menjangka pilihan raya kecil itu akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau pada 7 April depan, Abdullah berkata, beliau enggan membuat sebarang jangkaan dan menyerahkan sepenuhnya kepada SPR untuk menentukan.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian ahli Parlimennya, Roslan Shaharum pada 9 Februari lalu, manakala bagi DUN Bukit Selambau disebabkan ADUN kawasan itu, V.Arumugam meletak jawatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain