suria

DAP sokong permintaan Ibrahim ali letak jawatan

KOTA BAHARU: DAP Kelantan menyokong saranan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Setiausaha Jawatankuasa Penaja DAP Kelantan, Sew Kok Beng berkata langkah itu sejajar dengan hasrat pengundi di kawasan itu yang mahukan seorang pemimpin 'berwibawa dan mengenang budi'.

"Ibrahim patut meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana sebelum ini kemenangannya atas lambang Pas," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kok Beng mengulas saranan Mursyidul Am Pas itu bahawa pengundi di kawasan Pasir Mas perlu diberi peluang bagi menentukan siapa pemimpin yang dikehendaki.

Kok Beng berkata bekas ketua Umno bahagian Pasir Mas itu sepatutnya menghormati Pas yang memberi laluan mudah bertanding di kawasan itu sekaligus mencatat nama sebagai wakil rakyat bebas.

Ibrahim berkata, jika beliau melepaskan jawatan Anggota Parlimen, beliau perlu menunggu lima tahun lagi untuk melayakkannya bertanding. BERNAMA

Artikel Lain