suria

Gerakan mahu polis lindungi Karpal Singh

Pengerusi DAP, Karpal Singh menunjukkan sampul surat dan nota ugutan yang mengandungi dua butir peluru yang diterimanya Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan hari ini menggesa polis supaya segera meningkatkan perlindungan bagi memastikan keselamatan Pengerusi DAP Karpal Singh dan anggota keluargannya, serta ahli politik lain yang menerima ugutan.

Setiausaha Agung parti itu, Teng Chang Yeow berkata ugutan yang dilakukan terhadap Anggota Parlimen Bukit Gelugor dan anggota keluarganya "adalah sesuatu paling mengejutkan dalam sebuah masyarakat bertamadun".

Beliau berkata Gerakan mengutuk mereka yang mengambil tindakan untuk membuat gutan tidak bertamadun dan ganas itu.

"Kami mungkin mempunyai pandangan dan pendekatan politik berbeza, tetapi perbezaan itu mestilah diselesaikan secara beradab dan diterima masyarakat," katanya.

Kelmarin, Karpal Singh membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang berhubung surat yang mengandungi dua butir peluru hidup yang diterima di peti suratnya di 144A, Jalan Utama, Pulau Pinang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain