suria

Rafidah: "Kalau kalah tidak menjadi kudis bagi saya"

KETUA Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz (kanan) disambut oleh Naib Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sejurus tiba pada majlis Ramah Mesra dan Perjumpaan Calon-Calon Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Bersama Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah di Dewan Persidangan Bangunan Tuanku di Alor Setar hari ini. - fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, tidak menjadi masalah baginya jika kalah kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam usaha mempertahankan jawatannya pada Perhimpunan Agung Umno bulan depan.

"Bagi saya individu tidak penting, parti lebih mustahak. Kalau kalah tidak menjadi kudis bagi saya. Ini lumrah dalam politik."

"Berjaya atau tidak, Allah yang menentukan takdir saya. Bila dah menang, kerja tentulah banyak," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas tentang pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita Umno setelah beliau dicabar Shahrizat, yang merupakan Naib Ketua pergerakan itu.

Rafidah ketika ditemui pada majlis ramah mesra dan perjumpaan calon-calon Exco Pergerakan itu dengan perwakilan dari Kedah dan Perlis di sini hari ini apabila ditanya mengenai peluang untuk menang, berkata: "Tidak tahu, terpulang kepada Wanita."

"Saya pernah tewas sekali dulu.... saya ketua... orang cabar saya pertahan saja," kata Rafidah yang disertai Shahrizat ketika ditemu bual pemberita.

Katanya, sesiapa sahaja yang menang perlu memulihkan perpaduan dalam pergerakan itu kerana tanpanya Wanita ibarat kehausan dan kehabisan kekuatan.

Shahrizat pula yakin perwakilan cukup matang untuk memilih calon bagi memimpin pergerakan itu.

Katanya, kempen secara berhemah dan tertib yang dijalankan sekarang tidak akan memecahbelahkan pergerakan itu malah beliau yakin sebagai satu keluarga pergerakan Wanita tahu apa yang dibuat.

"Wanita juga tahu bila masa bertanding dan bila kena rapatkan kembali perpaduan. Pertandingan ini tidak akan menjejaskan kekuatan," kata Shahrizat.

Mengenai peluangnya, Shahrizat berkata, beliau melihat perwakilan menyimpan dalam hati dan tidak menunjuk secara jelas calon pilihan mereka sejak majlis ini berlangsung di tiga buah negeri sehingga hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain