Suami isteri pengedar dadah ditahan polis di Mentakab - Semasa | mStar

Suami isteri pengedar dadah ditahan polis di Mentakab

KUANTAN: Polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai memiliki ganja seberat 0.55 kg dalam serbuan di rumah mereka di sebuah taman perumahan di Mentakab dua hari lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang DSP Md Azmi Othman berkata suspek berusia 37 dan 30 tahun terbabit dipercayai merupakan pengedar di kawasan tersebut.

"Ketika serbuan dilakukan di rumahnya, isteri suspek sedang memasukkan ganja yang bernilai RM300 di dalam lubang mangkuk tandas namun gagal sementara suaminya ditahan di ruang tamu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kedua-dua suspek yang mempunyai tiga orang anak itu ditahan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Md Azmi berkata dua pengedar dadah yang sedang menunggu pelanggan ditahan pols selepas diserbu di kawasan Teluk Chempedak di sini, semalam.

Katanya hasil serbuan pihak polis yang diketuai Cif Insp Ahmad Yani itu menemui sebuah beg berisi ketulan mampat ganja seberat satu kilogram dan dua ketulan ganja seberat 0.4 kg di dalam kereta suspek.

Mohd Azmi berkata keduadua suspek tempatan yang ditahan itu berusia 27 dan 42 tahun manakala dadah yang dirampas bernilai RM4,100.

"Serbuan dilakukan ketika mereka sedang menunggu pelanggan pada pukul 8.45 malam dan salah seorang suspek cuba melarikan tetapi gagal sebelum diberkas dan ditahan mengikut Seksyen 39B ADB 1952," katanya.

Katanya kedua-dua suspek dipercayai sudah lama aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah tersebut di negeri ini berdasarkan intipan yang dilakukan pihaknya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tindakan Speaker DUN Perak 'kelakar':Nazri

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain