suria

Polis Marin tahan empat bot pukat jerut di Selangor

KLANG: Pasukan Gerakan Marin Selangor menahan empat buah bot pukat jerut bersama 59 anak kapal termasuk juragan di perairan Selangor semalam kerana didapati beroperasi di luar kawasan lesen mereka.

Pegawai Pemerintah Polis Marin Selangor DSP Marzuki Ismail berkata sebuah daripada bot itu didaftar di Perak dan menggunakan sembilan awakawak rakyat Thailand yang tidak mempunyai permit bekerja di negara ini.

"Bot-bot berkenaan ditahan kerana menangkap ikan di kawasan kurang dari 12 batu nautika di Kuala Selangor. Adalah menjadi kesalahan mereka beroperasi di luar kawasan lesen dan masuk ke perairan Selangor," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas hasil tangkapan seberat enam tan dan nilai rampasan itu akan ditaksir oleh Jabatan Perikanan.

Kes itu akan diserah kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan selanjutnya, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain