suria

PKR tentukan status Elizabeth dalam tempoh sebulan

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat keputusan sama ada akan menerima surat peletakan Elizabeth Wong sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan dan Exco Selangor dalam tempoh masa sebulan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, dalam tempoh tersebut, beliau (Wong) akan bercuti.

Khalid berkata, beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada Rabu depan bagi mendapatkan nasihat dan panduan daripada baginda.

"Kerajaan negeri berharap, pertemuan ini akan membuahkan satu hasil yang terbaik untuk negeri Selangor," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Jelasnya, Wong telah mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri di hadapan Sultan dan adalah menjadi tanggungjawab beliau memaklumkan perkara tersebut kepada baginda terlebih dahulu.

Selasa lalu, Wong telah menawarkan peletakan jawatannya sebagai ADUN dan Exco berikutan gambar dan video separuh bogelnya yang kini tersebar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain