suria

Pertuduhan kad kredit palsu, peniaga dibebaskan

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan cuba untuk menggunakan kad kredit palsu ketika membeli belah di sebuah pasar raya besar pada 2005.

Hakim Rosbiahanin Arifin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikkan kes prima facie terhadap Lee Chuan Tein, 40, dan pihak pendakwaan juga gagal mengemukakan saksi penting dalam kes itu.

"Di samping, tiada bukti yang konsisten untuk mengaitkan kad kredit adalah kepunyaan tertuduh," katanya.

Lee, dari Sungai Buloh, Selangor, didakwa memiliki sekeping kad kredit visa atas nama CK Lai yang ketahui adalah palsu dengan maksud hendak menggunakannya secara curang. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter 23, Carrefour Wangsa Maju di sini, pukul 11.20 malam, pada 26 Februari 2005.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Asyikin Zulkifli manakala Lee diwakili oleh peguam bela Zamri Ibrahim. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain