suria

Persiapan Umno hadapi pilihan raya kecil berjalan lancar

PUTRAJAYA: Umno melakukan pengagihan tugas mengikut negeri bagi memastikan persiapan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah berjalan lancar.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Jawatankuasa Pengurusan parti yang bermesyuarat semalam memutuskan pembahagian negeri sebagai negeri angkat kepada keduadua kerusi berkenaan.

"Dalam mesyuarat semalam, kita telah tetapkan supaya Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) menjadi negeri angkat Bukit Selambau manakala negerinegeri lain akan ditugaskan untuk Bukit Gantang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pondok Polis Komuniti Presint 9 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persiapan Umno menghadapi pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang akan diadakan serentak pada 7 April nanti.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac.

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusi yang dipertandingkan itu, Tengku Adnan berkata perubahan strategi akan dilakukan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain