suria

Kren terbalik, kenderaan terperangkap 8 jam di Jambatan Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Sebuah kren hidraulik yang membawa muatan 30 tan terbalik di kilometer 3.3 Jambatan Pulau Pinang dan kerja-kerja pembersihan memakan masa lapan jam mengakibatkan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk di tanah besar Pulau Pinang dan kawasan seberang pulau terbabit.

Jalan menuju ke jambatan di kedua-dua belah arah menyebabkan ramai pengguna jalan raya lewat tiba ke pejabat dan ada juga yang tertinggal jadual penerbangan mereka.

Kesesakan lalulintas yang teruk itu berlaku sepanjang Jelutong Expressway dan lebuh raya Bayan Lepas.

Orang ramai yang menggunakan laluan alternatif feri juga terperangkap dalam kesesakan yang teruk hingga tujuh buah feri digunakan untuk membawa motorsikal dari Butterworth.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng berlaku kemalangan yang serius pada pukul 3:15 pagi tadi apabila kren hidraulik berkenaan terbalik hingga mengakibatkan tembok penahan di kilometer 3.3 Prai tercabut.

Jelas Lim, kawasan tersebut semakin sesak apabila salah satu daripada dua kren milik UEM Builders BHd yang dihantar untuk membaikpulih tembok penahan itu mengalami kerosakan hingga mengakibatkan operasi itu terpaksa ditangguhkan.

Tambah beliau, beribu-ribu penunggang motosikal dari Prai ke Bayan Lepas terperangkap dalam kesesakan tersebut.

Kenderaan juga bergerak sangat perlahan menuju ke Weld Quay, Jalan Sungai Pinang, Jelutong Expressway, Jalan Tunku Kudin dan lebuh raya Bayan Lepas menghala ke jambatan Pulau Pinang terutamanya pada waktu puncak dari pukul 6 pagi hingga kren tersebut berjaya dialihkan pada pukul 11 pagi.

Lim berkata, dia juga turut terperangkap dalam kesesakan tersebut kerana terdapat sesetengah penunggang motorsikal yang mementingkan diri apabila mereka memperlahankan kenderaan untuk melihat keadaan kren yang terbalik itu.

Keadaan tersebut mengakibatkan kesesakan yang berlaku di kilometer 3.3 jambatan Pulau Pinang lebih teruk.

Tegas beliau, kerajaan negeri betul-betul kecewa dan marah dengan UEM, Malaysian Highway Authority (MHA) dan Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) kerana gagal melaksanakan kerja-kerja pembersihan secepat mungkin.

"Kami terpaksa menjawab panggilan daripada penunggang motorsikal yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas itu. Jika ada tindakan yang boleh diambil ke atas mereka, kami akan berbuat demikian namun tiada apa yang dapat dilakukan ketika ini," katanya dalam satu sidang media di pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hari ini.

Ketika ditanya adakah kerjaan negeri mempunyai plan alternatif untuk mengatasi masalah kesesakan tersebut pada masa akan datang Lim berkata, “tiada”.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain