suria

Wartawan Bernama dirompak pemandu teksi

KUALA LUMPUR: Seorang wartawan pelatih di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dirompak oleh seorang pemandu teksi berhampiran Starhill Gallery di sini hari ini.

Puteri Kaarriena elSherief, 19, berkata beliau dirompak ketika menaiki teksi itu dari hentian bas Menara Kembar Petronas(KLCC) ke Starhill Gallery pada pukul 1.30 petang.

Pemandu teksi itu mengugutnya dengan pisau sebelum menyamun wang tunainya sebanyak RM35.

"Pemandu teksi itu merompak saya dengan pisau dan menyamun semua duit saya ketika saya mahu membayar tambang teksi.

"Kemudiannya dia meninggalkan saya di tepi jalan raya," katanya.

Kaarriena telah membuat aduan di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain