suria

Soi Lek: "Dunia belum kiamat bagi Elizabeth"

[DIKEMAS KINI, 8. 45 MALAM] KUALA LUMPUR: Wakil rakyat Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah melakukan tindakan yang betul dengan menawarkan diri untuk meletak jawatan berikutan penyebaran gambar bogelnya dalam internet.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, beliau memahami apa yang dilalui oleh Wong dalam tempoh 48 jam lepas dan menyampaikan simpati dan sokongan kepada anggota exco kerajaan negeri Selangor itu.

SEDUTAN RAKAMAN KENYATAAN ELIZABETH WONG

SEDUTAN KENYATAAN ANWAR IBRAHIM

ELIZABETH MAHU UNDUR, MB DAN ANWAR NASIHAT, POLIS SIASAT

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata Wong, wakil rakyat berusia 37 tahun dari Parti keadilan Rakyat (PKR) itu perlu tabah dalam menghadapi keadaan yang mencabar ketika ini.

"Dunia belum kiamat lagi dan Elizabeth Wong perlu tabah dan berani mengharungi ribut yang melanda dalam hidupnya," katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam blognya www.drchua9.blogsport.com hari ini.

"Saya hanya boleh menyatakan bahawa dia mendapat simpati dan sokongan daripada saya," katanya.

Dr. Chua sendiri telah mengalami nasib yang hampir sama apabila meletak semua jawatan dalam kerajaan dan parti politik selepas mengaku sebagai orang yang sama dalam rakaman sex cakera padat digital (DVD) yang disebarkan di Johor pada penghujung tahun 2007.

Bagaimanapun, beliau kembali ke arena politik selepas memenangi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti MCA Oktober lalu.

BERITA TERDAHULU

Gambar bogel: Liow hairan Elizabeth letak jawatan

[DIKEMAS KINI] ALOR SETAR: Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mempersoalkan tindakan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong yang menawarkan diri untuk meletak jawatan dan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan berikutan kontroversi penyebaran gambar bogelnya.

ALOR SETAR: Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mempersoalkan tindakan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong yang menawarkan diri untuk meletak jawatan dan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan berikutan kontroversi penyebaran gambar bogelnya.

Liow berkata, beliau hairan dengan tindakan wakil rakyat Parti KeAdilan Rakyat (PKR) itu untuk melepaskan kedua-dua jawatan yang disandangnya sedangkan Wong telah mengatakan beliau tidak bersalah dan dianiaya.

"Kalau tidak bersalah dan dianiaya, kenapa hendak letak jawatan?

"Biarlah polis siasat dahulu," katanya kepada pemberita selepas melawat Klinik Kesihatan Pokok Sena, kira-kira 30 kilometer dari sini, hari ini.

Liow yang juga Menteri Kesihatan mengulas mengenai tindakan Wong yang menawarkan diri meletak jawatan dan juga mengosongkan kerusi DUN Bukit Lanjan selepas gambar bogelnya tersebar di internet menggesa PKR memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu termasuk mengaitkannya dengan agenda politik partiparti tertentu kerana terdapat pelbagai kemungkinan mengenainya.

Katanya, polis perlu segera menyiasat kes itu dan memberi gambaran sebenar supaya masyarakat umum tidak membuat pelbagai andaian sehingga menjadi keliru.

Mengenai dakwaan perlakuan seks yang didakwa berlaku di bilik Eray sebuah hospital di Kuala Lumpur yang disiarkan akhbar hari ini, Liow berkata, beliau akan mengarahkan kes itu disiasat.

"Saya tidak tahu sehingga melihat paparan gambar kejadian itu di akhbar setelah ditunjukkan wartawan di sini, hari ini," kata beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain