suria

Polis tembak mati enam penjenayah di Kulim

SUNGAI PETANI: Polis menembak mati enam lelaki dan menahan empat wanita dalam kejadian tembakmenembak di sebuah rumah di Kampung Kemunting, Karangan, Kulim malam tadi.

Dalam serbuan di rumah itu pada 10.10 malam, polis turut merampas dua pucuk senjata api, Smith & Wesson 9mm bersama tujuh butir peluru hidup dan revolver .38 bersama lima butir peluru hidup.

Ketua Polis Negeri, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata yang turut dirampas ialah tiga buah kenderaan mewah, masingmasing sebuah BMW, Proton Perdana dan pacuan empat roda jenis Cherokee.

Beberapa peralatan memproses dan melebur emas turut ditemui di rumah itu yang dipercayai dijadikan pusat melebur emas, kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Syed Ismail berkata kesemua lelaki terbabit yang berumur antara 20 hingga 50 tahun, sebelum itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan rompakan bersenjata api di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Polis percaya tempat terakhir kumpulan itu menjalankan rompakan ialah di Sitiawan, Perak, katanya.

Mereka juga dipercayai menjalankan aktiviti melebur emas hasil rompakan yang dilakukan sebelum menjualnya secara haram, tambahnya.

Beliau berkata tiga daripada anggota kumpulan terbabit didapati berasal dari Kulim, seorang dari Selama, Perak, seorang mempunyai alamat di Johor dan Kulim manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Syed Ismail berkata serbuan polis ke atas kumpulan itu dilakukan setelah mendapat maklumat orang awam.

"Setelah lapan anggota polis menyerbu masuk rumah itu dan memperkenalkan diri mereka, enam lelaki berkenaan lantas melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis. "Polis dalam langkah mempertahankan diri, melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai keenamenam lelaki berkenaan," kata Syed Ismail.

Beliau berkata empat wanita berusia 21 dan 28 tahun yang ditahan itu, turut berada di dalam rumah itu ketika serbuan dilakukan.

Mereka telah ditahan reman bagi membantu siasatan, katanya. Beliau berkata keempatempat wanita yang ditahan itu mempunyai alamat Pulau Pinang dan Bandar Baru, Kedah.

"Kita sedang menyiasat hubungan mereka dengan keenamenam lelaki terbabit," kata beliau.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain