suria

Pemilik syarikat ditembak mati bekas pekerja

KAJANG: Pemilik sebuah syarikat getah ditembak mati oleh bekas pekerjanya yang merupakan seorang warganegara China di pejabatnya dekat Bandar Teknologi Kajang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Sakarudin Che Mood berkata Yap Soon Yen, 41, sedang berbincang dengan seorang pekerja di pejabatnya pada 10.30 pagi apabila suspek menyerbu masuk ke premis itu dan melepaskan tembakan ke dadanya pada jarak dekat.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pekerja Yap kirakira 15 minit kemudian. "Berdasarkan maklumat awam, gerakan memburu suspek dijalankan dan pada kira-kira 11.50 pagi,polis berjaya menahan suspek, berusia lingkungan 40an, di biliknya di Flet Baiduri. Polis turut merampas senapang buatan sendiri daripada suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Sakarudin berkata Yap dari Bandar Sunway Semenyih, disahkan mati sebaik tiba di Pusat Kesihatan Bandar Teknologi Kajang dan siasatan awal mendapati motif pembunuhan mungkin akibat dendam.

Bernama difahamkan suspek bekerja di syarikat Yap selama dua bulan sebelum diberhentikan pada tahun lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain