suria

Taklimat awam susunan semula industri air Selangor

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor untuk julung-julung kalinya akan mengadakan taklimat awam mengenai proses penyusunan semula industri air negeri itu pada 18 Februari.

Taklimat itu akan diadakan pada pukul 11 pagi di Auditorium Dewan Jubli, Bangunan SSAAS, Shah Alam, kata kenyataan dari sektretariat media pejabat Menteri Besar hari ini.

Taklimat akan diberikan oleh ahli-ahli Panel Penilai Air kerajaan negeri yang akan menyediakan penjelasan terperinci kepada orang awam mengenai usahausaha penyusunan semula industri perkhidmatan air di Selangor, katanya.

Menurut kenyataan itu, objektif taklimat awam ialah untuk menjelaskan latar belakang proses penstrukturan semula industri air Selangor, menyediakan maklumat yang relevan dengan rancangan dan tindakan semua dalam situasi semasa.

Kenyataan itu menambah yang kepentingan awam akan diberi penekanan dalam proses penstrukturan semula dan perkara itu akan ditimbulkan pada sesi taklimat berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain