suria

Polis ambil keterangan Elizabeth Wong

PETALING JAYA: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan merakam keterangan Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong petang ini bagi mengenal pasti orang yang menyiarkan gambar bogelnya itu.

"Jika perlu polis akan mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi bagi menentukan kesahihan gambar-gambar itu," katanya.

Khalid berkata, walaupun Wong telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan, polis akan menjalankan siasatan rapi dan tidak akan melengahkan siasatan.

"Peletakan jawatannya tidak akan menjejaskan siasatan polis," kata beliau kepada Bernama.

Khalid berkata, siasatan adalah masih di peringkat awal dan polis tidak dapat memberikan maklumat lebih lanjut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain