suria

Najib: Pemimpin niaga cekap penting ketika ini

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kiri) menyampaikan Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terbaik Malaysia 2008 kepada Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh yang juga CEO Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada majlis anugerah CEO Terbaik NSTP malam tadi. -fotoBERNAMA
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kiri) menyampaikan Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terbaik Malaysia 2008 kepada Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh yang juga CEO Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada majlis anugerah CEO Terbaik NSTP malam tadi. -fotoBERNAMA
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kiri) menyampaikan Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terbaik Malaysia 2008 kepada Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh yang juga CEO Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada majlis anugerah CEO Terbaik NSTP malam tadi. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Cabaran ekonomi global yang melanda pada masa ini telah meletakkan para ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat di barisan hadapan dan menjadi tumpuan utama di mana tindakan mereka yang lepas-lepas diteliti dan tindak tanduk serta segala langkah mereka untuk bergerak ke hadapan dipantau dengan rapat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, para ketua pegawai eksekutif ini dijangka mampu menghadapi cabaran dan mengemudikan pertubuhan dan perbadanan mereka keluar daripada masalah ekonomi dunia pada masa ini.

"Perniagaan dunia hari ini sedang menyaksikan pergolakan besar dan pendedahan skandal yang melampau.

"Krisis ini memerlukan pemeriksaan semula budaya korporat dan cara perniagaan itu dijalankan.

"Dalam beberapa pendedahan skandal di AS, ia telah membuktikan yang perniagaan seperti biasa bukan lagi merupakan satu pilihan.

"Model itu sudah hancur. Cara baru perlu dicari. Ia memerlukan kepimpinan yang aktif, inovatif, agresif dan keputusan yang berani. Oleh yang demikian, kepimpinan yang efektif amat penting," kata beliau pada majlis anugerah CEO Terbaik NSTP di sebuah hotel terkemuka di sini.

Beliau berkata tempoh-tempoh tekanan ekonomi telah menguji keupayaan dan kemampuan CEO dan tuntutan yang mereka boleh menangani cabaran dan bagaimana mereka mengemudi laluan ketika masamasa bermasalah sedemikian rupa akan menunjukkan kehandalan para CEO ini.

"Para CEO hari ini telah diuji pada pelbagai peringkat, dalaman dan luaran.

"Sementara, mereka mungkin boleh mengawal persekitaran dalamam mereka, pastinya mereka tidak tahu apa yang menantikan mereka di luar sana iaitu dalam persekitaran perniagaan yang tidak menentu pada masa ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Sambil mengingatkan para CEO yang pekerja yang jujur dan rajin adalah aset terbaik kepada manamana pertubuhan, beliau menggesa mereka agar "memperkuatkan dan mengekalkan apa yang mereka ada" dan adalah sukar untuk mencari pekerja yang baik apabila ekonomi kembali pulih.

Beliau turut mendesak CEO untuk melatih dan melengkapkan kakitangan dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dalam usaha meningkatkan kecekapan dan memperbaiki daya saing kerana perkara-perkara ini tidak boleh diketepikan walaupun dalam keadaan yang sukar seperti sekarang.

Najib berkata, dalam rentak kehidupan yang amat pantas hari ini disertakan dengan daya saing yang hiper dan dunia yang dipacu oleh teknologi, akal fikiran dan penilaian yang baik mengatasi segalagalanya dan "sebagai pemimpin kepada pertubuhan masing-masing, pemegang saham dan pihak lembaga bukanlah satu-satunya "kawasan" anda kerana keputusan dan tindakan anda mempunyai implikasi melangkaui pejabat dan syarikat anda".

"Oleh itu, untuk berhadapan dengan perubahan pesat dan meningkatnya persekitaran saingan ekonomi yang memberi kesan kepada perniagaan, CEO sebagai pemimpin, mesti bersedia untuk mengubah minda, membuat peralihan paradigma dengan mengambil tindakan berani dan lebih proaktif dalam menangani isu yang mengancam kehidupan anda serta kegembiraan kakitangan anda dan pengguna," tambah Najib.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam rentak perniagaan dunia yang serba pantas ini, CEO bukan sahaja perlu mempelbagaikan tanggungjawab dan memenuhi permintaan yang pelbagai tetapi juga perlu mendahului kitaran perniagaan dalam memastikan keterusan daya langsung perniagaan mereka.

"Sementara, keuntungan dan prestasi kewangan sesebuah syarikat adalah penting, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mengendalikan perbadanan dan bukan hanya keuntungan.

"Keterusan daya langsung syarikat dan seseorang CEO itu akan bergantung kepada kepimpinan dan kepakaran yang ditunjukkan dalam meningkatkan daya saing dan kecekapan perbadanan, mengekal dan membina keyakinan pekerja mereka, mengekalkan kepercayaan pemegang saham dan kesetiaan para pengguna.

"Dalam persekitaran yang sukar pada masa ini, CEO perlu memberikan lebih daripada apa yang telah mereka lakukan sebelum ini.

"Pemegang saham, pekerja, pengguna dan komuniti memerlukan komitmen dari pemimpin perniagaan untuk menunaikan janji mereka untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan produk berkualiti dengan kejujuran dan integriti," kata Najib.

Sementara itu, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, ketua pegawai eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), merangkul Anugerah CEO Terbaik Malaysia 2008. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain