Pelajar dicucuh rokok gara-gara kehilangan komputer - Semasa | mStar

Pelajar dicucuh rokok gara-gara kehilangan komputer

KUALA LUMPUR: Gara-gara kehilangan sebuah komputer riba, seorang pelajar dicucuh puntung rokok oleh sekumpulan pelajar di sebuah kolej swasta di Bandar Baru Bangi pada Jumaat lepas.

Ekoran kejadian itu, polis menahan sekumpulan pelajar berumur antara 18 hingga 20 tahun yang dipercayai terbabit mendera pelajar berkenaan, kirakira 10 malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Shafik, 19, dicucuh sebanyak 50 kali selepas dikurung di dalam sebuah bilik di kolej berkenaan, kata Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Sakaruddin Che Mood.

Beliau berkata kejadian itu berlaku selepas pelajar itu dituduh mencuri komputer riba milik salah seorang daripada kumpulan tersebut.

Namun mangsa tidak mengaku bertanggungjawab di atas kehilangan komputer berkenaan, katanya. "Kerana tidak mengaku mengambil laptop itu, rakan-rakannya bertindak mencucuh badan mangsa dengan putung rokok dengan harapan mangsa memulangkan komputer itu semula," kata Sakaruddin kepada pemberita hari ini.

Di dalam kes lain, seorang penunggang motosikal terkejut apabila motosikalnya ditahan oleh seorang lelaki yang terbaring di atas jalan di persimpangan jalan Sungai Long, Kajang semalam.

Penunggang berumur lingkungan 20-an itu ditahan lelaki itu yang badannya kelihatan berlumuran darah kirakira 10 malam.

"Mangsa melambai tangan ke arah penunggang motosikal yang kebetulan melalui kawasan itu. Penunggang yang melihat mangsa mengerang kesakitan terus menghubungi polis.

"Lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun kecederaan parah yang dialami mangsa sehingga menampakkan isi perutnya, mati di hospital berkenaan kira-kira 1 pagi tadi," kata Sakaruddin.

Sebelum mangsa meninggal dunia, mangsa sempat memberi isyarat tangan yang menunjukkan seolaholah dia ditikam. Kita tidak menolak kemungkinan mangsa disamun," katanya.

Sakaruddin berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Rakan Cop di talian 03-2115 9999. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PM mahu MP BN tumpu bahas perbaiki ekonomi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut