Bayi dalam laci anak pembantu rumah - Semasa | mStar

Bayi dalam laci anak pembantu rumah

KANGAR: Bayi perempuan yang ditemui dalam laci almari di rumah pengawai kanan polis di Taman Fauziah di sini semalam adalah anak pembantu rumah pegawai wanita berkenaan.

Pegawai kanan polis itu yang enggan namanya disiarkan, berkata pembantu rumah rakyat Indonesia terbabit telah mengaku bayi berkenaan adalah miliknya.

Walaupun sebelum ini menafikan berkali-kali, pembantu rumah berusia 22 tahun itu akhirnya mengakui bayi berkenaan adalah anaknya selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), kata pegawai kanan polis itu.

Pada kira-kira pukul 9.30 pagi semalam, pegawai kanan polis berusia dalam lingkungan 30an yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis itu menemui seorang bayi perempuan di dalam laci almari yang digunakan oleh pembantu rumahnya.

Ketika menyoal pembantu rumahnya itu, pegawai berkenaan diberitahu bayi itu ditemui di dalam tong sampah berhampiran rumahnya pada kira-kira pukul 6 pagi Jumaat lepas dan pembantu rumahnya membawa bayi itu pulang untuk dijaga.

Beliau berkata, pembantu rumah itu sudah bekerja di rumahnya lebih dua tahun lepas dan beliau tidak pernah melihat sebarang kelainan pada pembantu rumahnya yang mempunyai bentuk badan yang agak kecil itu.

"Dia dikatakan mengandung berikutan menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang juga rakyat Indonesia," katanya.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Yusof Mohd Diah enggan mengulas mengenai perkara itu dan berkata ia masih dalam siasatan.

Yusof berkata, pihaknya akan mengambil keterangan lanjut daripada pembantu rumah berkenaan apabila kesihatannya mengizinkan dan polis juga akan memanggil majikan wanita rakyat Indonesia itu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Bayi dalam laci anak pembantu rumah

Artikel Berikut

Bekas Ketua Menteri Sabah tidak tanding MT

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain