suria

Politik Perak: PM perjelas Majlis Raja-Raja

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menjelaskan situasi politik negeri Perak pada Persidangan Majlis Raja-raja dalam masa terdekat ini.

Abdullah berkata, terpulang kepada majlis berkenaan untuk membuat sebarang saranan atau keputusan berhubung perkara tersebut.

"Majlis Raja-raja bersidang setiap tiga bulan dan terpulang kepada Raja-raja untuk membincangkan perkara seperti ini.

"Saya juga akan hadir dan akan memaklumkan kepada sidang Raja-raja nanti peristiwa yang telah berlaku, apa sebab-sebabnya dan sebagainya.

"Soalnya apakah saranan Raja-raja nanti atau keputusan itu adalah terpulang kepada mereka, saya hanya bertanggungjawab untuk memberi maklumat tentang apa yang telah berlaku," kata beliau dipetik Bernama.

Terdahulu beliau merasmikan Program Hutan Kita-Kiara di Taman Bukit Kiara, Taman Tun Dr. Ismail di sini, hari ini.

Kelmarin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj melahirkan perasaan amat kecewa dengan apa yang baginda sifatkan sebagai gelagat biadab terhadap Sultan Perak berhubung pelantikan kerajaan baru negeri Perak barubaru ini.

"Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan baru kerajaan negeri Perak barubaru ini, yang sehingga membawa kepada gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta" titah daginda dalam satu kenyataan akhbar khas yang dikeluarkan dari Istana Alam Shah di sini.

Dalam kenyataan tiga muka surat itu, Sultan Selangor menasihatkan pihak yang mencabar hak, peranan serta kedudukan Raja-raja yang dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan supaya menggunakan pertimbangan akal yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita, janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asasasas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji serta biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah bahawa rasa kecewa dan dukacita dirasai baginda lebihlebih lagi kerana Sultan Azlan adalah ayahanda saudara baginda dan keluarga Diraja keduadua negeri mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

Terdahulu, pada Program Hutan Kita-Kiara itu juga, Abdullah dan isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah selaku Pengerusi Panel Penasihat Landskap Malaysia serta anak perempuannya, Nori turut menanam 15 batang pokok di kawasan taman tersebut.

Artikel Lain