Jangan tanding jika pertikai SPR, Umno nasihati Pakatan - Semasa | mStar

Jangan tanding jika pertikai SPR, Umno nasihati Pakatan

PULAU PINANG: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang tidak perlu mempertikaikan tarikh dua pilihan raya kecil yang akan diadakan April ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkannya mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, keputusan itu tidak salah kerana pilihan raya tersebut diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kerusi Parlimen Bukit Gantang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dikosongkan.

"Itu hak SPR untuk tentukan tarikh pilihan raya. Kalau ikut undang-undang SPR ada 60 hari untuk adakan pilihan raya bagi setiap kawasan yang dikosongkan," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Memperkenalkan Calon Majlis Tertinggi (MT) Umno kepada perwakilan Umno Pulau Pinang di sini, hari ini.

Lewat malam tadi, SPR yang dihubungi mStar Online menafikan jurang tempoh hampir dua bulan berlangsungnya pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipengaruhi ataupun kerana tekanan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omat menjelaskan, bulan Mac tidak sesuai untuk diadakan kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk keperluan suruhanjaya itu sendiri membuat persediaan.

Pelbagai pihak mempertikaikan penetapan tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang diumumkan oleh SPR kelmarin.

Semalam, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub berkata, keputusan SPR mengadakan pilihan raya kecil bagi dua kawasan itu secara serentak pada 7 April ini dilihat sebagai meragukan kerana mengambil masa yang lama.

Beliau turut mendakwa cadangan mengenai tarikh berkenaan adalah atas desakan pimpinan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno yang akan mengadakan pemilihan parti pada akhir Mac ini.

Muhyiddin berkata, jika tidak berpuas hati dengan keputusan SPR itu, pembangkang boleh mengambil sebarang tindakan termasuk tidak bertanding pada kedua-dua pilihan raya itu.

"Kalau pembangkang pertikai terpulang kepada mereka. Kalau tak nak bertanding pun terpulang kepada mereka. Kalau mereka tidak bertanding BN boleh menang tanpa bertanding," katanya.

Beliau berkata, BN tidak pernah mempertikai sebarang keputusan yang ditetapkan oleh SPR termasuk tarikh pilihan raya.

SPR menetapkan hari penamaan calon pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau pada 29 Mac dan jika ada pertandingan di kedua-dua kerusi itu, pengundian pada 7 April.

Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS pada 9 April akibat diserang sakit jantung manakala kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meletak jawatan. Mengulas mengenai tarikh penamaan calon yang diadakan sehari selepas Perhimpunan Agung Umno, Muhyiddin berkata, pembangkang tidak perlu buruk sangka terhadap Umno kerana perkara yang berlaku itu hanya kebetulan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain