suria

Pilihan raya kecil dipastikan selamat - Syed Hamid

JOHOR BAHARU: Pasukan polis akan membuat persiapan rapi bagi memastikan pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau yang bakal diadakan serentak pada 7 April ini adalah selamat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Katanya kedua-dua pilihan raya kecil itu masing-masing di Perak dan Kedah dijangka memerlukan tenaga pasukan polis yang ramai.

Hari penamaan calon bagi kedua-dua kawasan ialah pada 29 Mac.

Beliau menyeru semua pihak agar mematuhi undang-undang sepanjang tempoh proses pilihan raya agar ketenteraman awam dapat dijaga dengan baik.

"Kita gunakan sistem demokrasi, jangan mengambil tindakan yang luar dari batasan undangundang. Ikutlah peraturan, ikutlah arahan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), peraturan pilihan raya dan nasihat bagi membolehkan pilihan raya berjalan lancar," katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan tertutup antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno dengan ketuaketua Umno Johor, dekat sini hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain