suria

Pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau mungkin serentak

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah diadakan serentak.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata keputusan mengenai perkara itu akan dibuat pada mesyuarat khas esok, selepas pihaknya meneliti serta membincangkan dokumen berkaitan kekosongan keduakedua kerusi itu.

Katanya mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil hanya boleh diadakan jika SPR dapat memastikan bahawa adanya kekosongan pada satusatu kerusi Parlimen atau DUN berkenaan.

"Bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang... kalau (penyandang) meninggal dunia, sudah tentu ada kekosongan. Kerusi Bukit Selambau pula, kita akan dapatkan maklumat dan dokumen sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

"Kalau kita dapat pastikan ada kekosongan kerusi DUN Bukit Selambau, kita akan adakan pilihan raya kecil. Kemungkinan lain (kalau tiada kekosongan), Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) sedia ada kekal," katanya.

Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada petugaspetugas pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu di sini, malam tadi.

Kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang berlaku ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung pada Isnin. Pada hari yang sama, V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata SPR tidak boleh bulat-bulat menerima apa yang dinyatakan oleh Speaker DUN bahawa berlakunya kekosongan pada kerusi DUN Bukit Selambau.

"Kita kena lihat semua aspek dan tidak membuat keputusan disebabkan dorongan pihakpihak tertentu atau sebab kita menyokong pihak tertentu... tidak sama sekali.

"SPR menjalankan tugas dengan profesional, berdasarkan kepada undangundang serta dokumen-dokumen yang diserahkan kepada kita. Setakat ini, pegawaipegawai saya sedang siapkan dokumen berkenaan," katanya.

Terdahulu semasa berucap, Abdul Aziz berkata pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang berlangsung dalam keadaan aman 17 Jan lepas, mendapat pujian daripada Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Jemaah Menteri dan pemimpin partiparti politik.

Katanya semasa menghadap Tuanku Mizan bagi memaklumkan mengenai pilihan raya kecil itu barubaru ini, Seri Paduka berasa bangga pilihan raya kecil itu dikendalikan dengan baik.

Abdul Aziz berkata pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan menjadi penanda aras serta contoh kepada manamana pilihan raya akan datang di negara ini.

Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihan raya kecil itu dengan memperoleh 32,883 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang meraih 30,252 undi manakala calon, Bebas Azharudin Mamat @ Adam mendapat 193 undi.BERNAMA

Artikel Sebelum

Ulama bantah penganjuran Musawah

Artikel Berikut

Artikel Lain