Lelaki dipenjara sembilan tahun, sebat miliki 4,700 pil ecstasy - Semasa | mStar

Lelaki dipenjara sembilan tahun, sebat miliki 4,700 pil ecstasy

SHAH ALAM: Seorang pekerja kedai aksesori kereta dikenakan hukuman penjara sembilan tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan pindaan memiliki 4,700 biji pil ecstasy, dua tahun lepas.

Semasa menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh Chin Kek Shen, 25, Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata beliau mengambil kira faktor kepentingan awam dan rayuan tertuduh menerusi peguamnya A. Vasudevan.

"Saya beri anda peluang sekali lagi agar anda insaf dan tidak mengulangi kesalahan yang sama," katanya sambil memerintahkan tertuduh menjalani hukuman mulai tarikh tangkapan pada 3 Okt 2007.

Chin mengaku memiliki 646.1 gram Methylenedioxy Methamphetamine 3.4 (MDMA) atau pil khayal ecstasy di Jalan Kenari 19A, Bandar Puchong Jaya, Puchong, dekat sini, pada 3 Okt 2007.

Tertuduh didakwa megikut Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39A Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara dari lima tahun ke 20 tahun dan minimum 10 kali sebatan.

Sebelum ini,Chin mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tuduhan mengedar di bawah Seksyen 39B Akta yang sama, yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, polis bertindak menahan tertuduh yang membawa sebuah beg putih di depan sebuah restoran dan bergelut dengan polis ketika cuba ditangkap.

Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa paket lutsinar yang mengandungi 4,700 bijil pil ecstasy yang setiap sebiji berharga RM30 di pasaran.

Bagaimanapun, selepas lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, mahkamah memutuskan untuk meminda pertuduhan kepada memiliki dan Chin seterusnya menukar pengakuannya kepada bersalah.

Semasa merayu untuk hukuman ringan, Vasudevan berkata anak guamnya merupakan pesalah pertama dan perlu bekerja untuk menyara ibu bapa, datuk serta neneknya yang uzur.

Pendakwaan dijalankan oleh oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain