suria

Kerabat Kedah cadang Karpal diharam ke Perak

ALOR SETAR: Persatuan Kerabat Di Raja Kedah (PKDK) mencadangkan agar Pengerusi DAP, Karpal Singh diharamkan daripada menjejak kaki ke Perak kerana kebiadabannya terhadap Sultan Azlan Shah.

"Raja-raja Melayu adalah paksi yang perlu kita pertahankan, jadi penghinaan yang dilakukan oleh Karpal, langsung tidak boleh diterima," kata Yang Dipertua PKDK, Datuk Tengku Zainol Tengku Yahya pada satu akhbar di sini, hari ini.

Karpal Singh telah dibidas teruk ekoran kenyataannya mahu menyaman Sultan Perak di mahkamah ekoran keputusan baginda memperkenankan Barisan Nasional membentuk kerajaan negeri bagi menggantikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat.

Pelbagai laporan polis telah dibuat terhadap Pengerusi DAP itu kerana didakwa menghasut.

"Tindakan Karpal adalah satu teladan yang tidak bertamadun dan ia dikhuatiri menjadi ikutan serta virus kepada individu yang mudah terpengaruh dengan hasutan sebegini," kata Tengku Zainol.

Beliau meminta Karpal Singh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sultan Perak. BERNAMA

Artikel Sebelum

Ulama bantah penganjuran Musawah

Artikel Berikut

Artikel Lain