suria

'Kahwin paksa' dalam Pakatan tak akan berkekalan - Noh

KOTA BHARU: Ketidaksepakatan yang sudah terserlah antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat menandakan gabungan itu tidak mampu bertahan lama, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.

Menurut beliau, gabungan itu dilihat semakin parah apabila tiga anggotanya terdiri PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat mulai mengkritik sesama sendiri secara terbuka.

"Kita dah nampak dari mula lagi, orang kahwin paksa ni takkan kekal lama.

"Mereka berpakat semata-mata kerana nak tubuh kerajaan dan nak memerintah sehingga sanggup menggadai prinsip dan perjuangan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Asrama Oren Satu, Kolej PolyTech MARA, di kampus cawangannya, di sini hari ini.

Noh berkata dasar yang berbeza akan menyukarkan parti-parti pembangkang itu bertahan lebih lama dalam satu pakatan. "Kita tak hairan kerana ketiga-tiga parti dalam pakatan ada prinsip dan perjuangan masing-masing, semuanya tak sama," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Ulama bantah penganjuran Musawah

Artikel Berikut

Artikel Lain