suria

Suspek rompak terjun dan melarikan diri van polis

JOHOR BAHARU: Seorang suspek rompakan berusia 21 tahun terjun dari van polis dan melarikan diri dari balai Polis Johor Jaya hari ini.

Kejadian itu berlaku ketika van itu yang turut membawa lebih 10 banduan yang dipindahkan dari penjara reman Ayer Molek, hampir tiba di balai tersebut pada 11.50 pagi.

Timbalan Ketua CID Johor Asst Komm Che Yusoff Che Ngah mengesahkan kejadian itu tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut.

Katanya, polis telah melancarkan operasi memburu suspek itu.

Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek berkenaan agar menghubungi hotline polis di 07-2212999 atau balai polis terdekat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ADUN Bukit Selambau pula "hilang"

Artikel Lain