suria

Lagi laporan polis terhadap Karpal

KUALA LUMPUR: Laporan demi laporan polis dibuat terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang ingin menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung pergolakan politik di negeri itu.

Terbaru satu laporan dibuat oleh Gerakan Belia 4B Titiwangsa dan satu lagi oleh Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Titiwangsa, Zulkifli Zainuddin berkata kenyataan Karpal boleh dianggap menghasut dan mengelirukan rakyat serta boleh mengakibatkan pertelingkahan kaum.

"Ia juga dilihat menghina undang-undang kerajaan negeri dan menderhaka kepada perintah Sultan Perak," katanya.

Di PULAU PINANG, Pemuda Umno Bahagian Bukit Bendera membuat laporan serupa di Ibu Pejabat Polis Timur Laut manakala di Shah Alam, seramai 600 anggota Pemuda Umno Selangor, berarak ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam dimana ketuanya Abdul shukur Idrus juga membuat laporan serupa.

Sehingga semalam, 57 laporan telah dibuat terhadap Karpal di seluruh negara. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ADUN Bukit Selambau pula "hilang"

Artikel Lain