suria

Gerakan marin tumpaskan cubaan seludup rokok kretek

PONTIAN:Pasukan Gerakan Marin Wilayah Selatan merampas 3,010 karton rokok kretek bernilai RM335,852 yang cuba diseludup masuk ke negara ini selepas menahan sebuah bot pancung di perairan Kukup di sini malam tadi.

Pemangku Ketua Pasukan Gerakan Marin Wilayah Selatan Supt Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata bot itu dikesan dua batu nautika dari pantai barat Kukup pada 11.15 malam tadi.

"Pasukan Gerakan Marin berjaya memintas bot itu lalu menahan dua lelaki warga jiran dan menemui 3,010 karton rokok dalam bot tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Khamsani berkata dua lelaki berumur 34 dan 38 tahun berkenaan disiasat kerana masuk ke Malaysia melalui pangkalan yang tidak diwartakan dan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah. BERNAMA SMK MAI 1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ADUN Bukit Selambau pula "hilang"

Artikel Lain