suria

Nizar patut bertanding di Bukit Gantang - DAP

IPOH: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mencadangkan PAS menimbang untuk meletakkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Sambil menyatakan beliau membuat cadangan itu atas kapasiti peribadinya, Ngeh berkata adalah elok jika Nizar dipilih sebagai calon kerana rakyat boleh menyatakan pandangan mereka mengenai perubahan kerajaan negeri itu.

"Ini hanya pandangan peribadi saya. Terpulang kepada PAS untuk membuat keputusan. Walau siapa pun calonnya, kami akan memberikan sokongan penuh kami," katanya di sini.

Nizar diarah meletak jawatan sebagai Menteri Besar minggu lepas oleh Sultan Azlan Shah berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak selepas empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pakatan itu meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Nizar enggan meletak jawatan dan bertegas beliau masih Menteri Besar yang sah dan terus mendiami kediaman rasmi Menteri Besar di sini.

Kerusi Bukit Gantang kosong berikutan kematian anggota Parlimen kawasan itu Roslan Shaharum, 50, daripada PAS semalam akibat sakit jantung. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain