suria

Pelajar perempuan hilang selepas hadiri aktiviti kokurikulum

TUMPAT: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua Sekolah Menengah Sungai Pinang, di sini dilaporkan hilang sejak empat hari lalu setelah tidak pulang ke rumah selepas menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolahnya.

Hasmah Ismail, 52, berkata anaknya, Siti Khadijah, 14, keluar dari rumah kira-kira pukul 2 petang 2 Februari lalu untuk menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah namun tidak pulang sejak hari itu. Hasmah, seorang suri rumah, berkata sebaik menyedari kehilangan anak kesembilan daripada 10 adik-beradik itu, keluarga dengan dibantu penduduk kampung melancarkan gerakan mencari anaknya itu namun tidak berhasil.

"Satu laporan polis juga telah dibuat kerana mak cik bimbang dia diculik. Semua ahli keluarga amat risaukan keselamatannya, mak cik sendiri tak selera nak makan.

"Khadijah keluar dengan memakai pakaian sukan dan tidak membawa barang lain termasuk kad pengenalannya yang disimpan mak cik," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Pasir, di sini, hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain