suria

Polis tahan lelaki miliki pistol

PENGKALAN HULU: Polis menahan seorang lelaki selepas didapati memiliki sepucuk pistol dan lima butir peluru dalam satu sekatan jalan di Kampung Padang Kota, Selarong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, DSP Anuar Omar berkata lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan pada kira-kira pukul 10.30 pagi selepas pistol dan peluru itu dijumpai dalam keretanya.

"Siasatan awal mendapati pistol itu dibawa masuk secara haram dan dibeli dari negara jiran dengan harga RM300," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis telah membuat intipan selama beberapa hari di kawasan berkenaan hasil maklumat orang awam.

Anuar berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki pistol dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki peluru. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain