suria

Penternak ikan temui mayat terapung di Kg Sendayan

SEREMBAN: Seorang pengusaha ternakan ikan air tawar, Zakaria Abd Hamid tidak menyangka akan menemui mayat seorang lelaki di dalam kolam ikan miliknya di Kampung Sendayan di sini pagi tadi.

Beliau yang datang ke kolam itu pada pukul 9.30 pagi tadi melihat satu objek sedang terapung di kolam berkenaan.

"Memang saya setiap pagi akan beri makan pada ikan, tetapi kali ini saya melihat ada benda terapung lalu pergi memeriksa benda itu," katanya pengusha berusia 52 tahun itu ketika ditemui Bernama di sini.

Beliau yang mendekati objek itu terkejut menemui seorang mayat lelaki lengkap berbaju dengan kain pelekat tetapi sudah kembung sehingga menyukar penduduk kampung di situ membuat pengecaman muka.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan penemuan mayat itu dan mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain