suria

Juanda mula tugas Mufti Perlis

DR. JUANDA Jaya mengetip kad perakam waktu pada hari pertama bertugas sebagai Mufti Perlis hari ini bagi menggantikan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang kontraknya tamat pada 30 November lalu. - fotoBERNAMA

KANGAR: Ketua Penolong Pengarah Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak, Dr. Juanda Jaya, hari ini memulakan tugas barunya sebagai Mufti Perlis dengan menjanjikan satu pendekatan berbeza daripada Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang beliau gantikan dalam memberi rujukan berkaitan hal ehwal agama Islam kepada masyarakat.

Bekas Timbalan Mufti Sarawak berusia 37 tahun itu berkata walaupun beliau dan Mohd. Asri mempunyai arus pemikiran dan idea yang serupa tetapi daripada segi pendekatan dalam menghidupkan peranan sebagai seorang mufti, "ia sangat berbeza."

Ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini, Juanda berkata, jika Mohd. Asri terkenal dengan kelantangan pandangannya, namun beliau akan menggunakan pendekatan dakwah secara turun padang bagi mendekati dan mendengar isu-isu daripada masyarakat dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan agama.

Juanda, yang dipinjamkan daripada kerajaan negeri Sarawak selama tiga tahun, berkata walaupun tugas yang telah diberikan sangat berat, beliau akan menggalasnya dengan penuh tanggungjawab serta amanah.

Katanya agenda penting beliau ialah untuk memastikan institusi ulama terus dihormati dan segala fatwa yang telah diputuskan dapat diterima semua pihak.

"Fatwa sesuatu yang berkembang dan dinamik tetapi mesti berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain