suria

MCA tidak terima wakil rakyat parti lain - Tee Keat

IPOH: MCA tidak akan menerima wakil rakyat daripada parti lain yang berhasrat menyertai parti itu, kata Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau berkata, MCA tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan wakil rakyat daripada mana-mana parti untuk memujuk mereka menyertai parti itu.

"MCA merupakan sebuah parti yang ditubuhkan untuk masyarakat Tionghua di negara ini dan hanya menerima individu yang tidak pernah menganggotai mana-mana parti politik.

"Saya hanya menghadiri satu majlis sahaja malam ini (semalam) dan tidak ada pertemuan lain... desas-desus yang mengatakan saya akan bertemu dengan ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) DAP Perak adalah tidak benar," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Malam Mesra Media MCA Perak di sini malam tadi.

Katanya beliau juga tidak pernah bertemu dengan mana-mana Adun DAP sebelum ini.

Ong diminta mengulas khabar angin yang bertiup kencang di sini bahawa MCA sedang memujuk seorang Adun DAP untuk menyertai parti itu dan perbincangan mengenainya telah diadakan sejak dua minggu lepas.

Presiden MCA itu juga kononnya dikatakan akan bertemu ADUN DAP berkenaan malam ini. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain