suria

Mayat lelaki dijumpai dalam longkang di Melaka

MELAKA: Mayat seorang lelaki dengan kesan tikaman dan kelar di badan ditemui dalam longkang di kawasan perindustrian Bukit Rambai dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Wan Ahmad Wan Abas berkata mayat lelaki yang dipercayai rakyat asing berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui orang awam pada pukul 6.45 pagi.

"Identiti mangsa belum dikenalpasti, tapi polis menemui beberapa bahan yang boleh dijadikan bukti serta tompokan darah dipercayai milik penjenayah yang terlibat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Wan Ahmad berkata polis percaya lebih seorang terlibat dalam kejadian itu dan ada antara mereka yang turut cedera.

Sehubungan itu, beliau meminta klinik dan hospital segera memaklumkan kepada polis jika ada pesakit yang mencurigakan datang untuk mendapatkan rawatan, katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah di talian 06-2837801 atau balai polis berdekatan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain