suria

Konstabel polis mengaku tidak bersalah rompak ahli perniagaan

PEGAWAI khas ADUN Behrang, Firdaus Saharuddin (duduk, kiri) membaca kenyataan dan menjawab soalan para wartawan ketika sidang media ringkas di sebuah hotel dekat Sepang hari ini. Dalam sidang media itu Firdaus berkata ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi menjelaskan beliau masih lagi anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menafikan beliau menghantar surat meletak jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Perak, V. Sivakumar. - fotoBERNAMA

KLANG: Seorang anggota polis berpangkat konstabel hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan berpura-pura memegang jawatan Inspektor semasa merompak seorang ahli perniagaan di Taman Sentosa di sini, bulan lepas.

Wan Nazaruddin Wan Mohamad, 25, meminta dibicarakan selepas keduadua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.

Tertuduh didakwa bersama-sama dua lelaki yang masih bebas merompak wang tunai RM2,000 dan sebuah telefon bimbit jenama Nokia milik Mohd Amin Mamat, 34, di tepi jalan berhampiran Sentosa Medical Centre, Taman Sentosa, kira-kira pukul 8 malam pada 26 Jan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Wan Nazaruddin juga didakwa berpura-pura memegang jawatan sebagai 'Inspektor Nik' di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang sebelum ini pernah bertugas mengiringi tahanan di Mahkamah Klang dan Shah Alam.

Hakim Yong Zarida membenarkan Wan Nazaruddin dibebaskan dengan jaminan RM8,500 bagi keduadua pertuduhan serta seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan selama dua hari bermula 15 Jun depan.

Pendakwaan dikendalikan Penolong Pendakwa Raya Siti Syuhada Alwi sementara tertuduh diwakili peguam Zamani Dolmat. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain