suria

Hari Wilayah Persekutuan: 4 wartawan antara terima anugerah hari ini

TAHNIAH... (Dari kiri) Ketua Pengarang Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Penasihat Editorial BERNAMA Datuk Seri Azman Ujang; Ketua Pengarang The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai dan Ketua Pengarang BERNAMA, Yong Soo Heong berkongsi kegembiraan setelah dianugerahkan pingat kebesaran oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada majlis pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan di Istana Negara hari ini. Pada majlis itu seramai 274 menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan ke-35. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Empat pegawai kanan organisasi media tempatan termasuk dua dari Bernama adalah antara 274 penerima darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan semalam.

Mendahului senarai penerima anugerah ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang dikurniakan darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Penasihat Editorial Bernama Datuk Azman Ujang menerima darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri manakala Ketua Pengarang Bernama Yong Soo Heong pula dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Selain Azman, seorang lagi pengamal media yang menerima SMW adalah Ketua Pengarang Star Publications (M) Bhd, Datuk Wong Chun Wai yang merupakan antara 12 penerima SMW yang membawa gelaran Datuk Seri.

Yang turut menerima anugerah itu adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Tan Sri Dr Zulkurnain Awang; Panglima Tentera Laut Datuk Seri Laksamana Abdul Aziz Jaafar; mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ab. Hakim Borhan dan Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan itu berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara di sini hari ini.

Yong adalah antara 28 penerima anugerah darjah PMW yang membawa gelaran Datuk.

Pengacara dan juruhebah terkenal Aznil Nawawi yang juga Perunding Kreatif Kumpulan Astro Entertainment Sdn Bhd, adalah antara 27 penerima anugerah bintang Johan Mahkota Wilayah (JMW).

Seramai 55 menerima Bintang Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 70 Bintang Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 80 menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW). Sementara itu, Yong ketika ditemui berkata anugerah yang diterima hari ini adalah sebagai pengiktirafan kepada Bernama sebagai sebuah agensi berita nasional dan kepada dunia kewartawanan di negara ini.

"Anugerah ini bukan untuk saya secara individu tetapi penghormatan kepada warga Bernama dan semua wartawan," kata beliau dipetik Bernama.

Bagi Azman pula, pengiktirafan itu adalah sebagai hadiah serta penghargaan yang tinggi sepanjang penglibatan beliau dalam bidang kewartawanan selama lebih 36 tahun.

Artikel Berikut

Artikel Lain