suria

PKR dakwa dua Exco Perak hilang

SERTAI BN... Kehilangan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan) terus menjadi tanda tanya hingga ada yang beranggapan mereka akan menyertai Barisan Nasional (BN).
HILANG... PKR Perak mendakwa ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan) hilang dan gagal dikesan.
HILANG... PKR Perak mendakwa ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan) hilang dan gagal dikesan.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mendakwa dua Exco Kerajaan Negeri dari parti itu hilang serta tidak dapat dikesan kedudukan mereka.

Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman berkata ahli keluarga dan parti tidak dapat mengesan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu.

"Kami berharap kedua-dua pemimpin berkenaan selamat dan akan kekal terguh dengan perjuangan parti dan tidak menjadi mangsa mana-mana perangkap," katanya.

Jamaluddin, 52, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Kedua-dua mereka didakwa di Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos lalu kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar dekat sini secara usahasama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

Kes mereka akan didengar pada 10 Februari ini.

Osman mendakwa Umno dan Barisan Nasional (BN) cuba untuk menghasut kedua-dua exco berkenaan dan menyifatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan kehilangan mereka.

Selepas seorang wakil rakyat BN iaitu ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim keluar parti menyertai pembangkang minggu lalu, PKR dan Umno dikatakan melancarkan perang psikologi dengan kedua-dua parti cuba untuk menarik mana-mana ADUN untuk menyertai mereka.

Jamaluddin dan Osman tidak kelihatan selepas Nasarudin menyertai PKR dan pihak media juga gagal untuk menghubungi kedua-duanya.

Spekulasi yang mengatakan kedua-dua mereka akan keluar daripada PKR bagi menyertai Umno mula tersebar luas di Perak.

"Kita percaya kehilangan mereka berkait rapat dengan tuduhan rasuah yang mereka hadapi," katanya.

Kenyataan Osman bagaimanapun bertentangan dengan komen Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kepada wartawan pada JUmaat lalu.

Nizar dari PAS memberitahu beliau sudah berinteraksi dengan kedua-dua exco berkenaan serta menyatakan keadaan mereka 'agak baik'.

Pakatan Rakyat di Perak kini mempunyai 32 kerusi manakala BN 27 kerusi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain