suria

Najib: Tidak diketahui jumlah ADUN pembangkang sertai BN

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak tahu berapa ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Rakyat (PR) di Perak yang berkemungkinan menyertai Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak tahu, kita akan lihat," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa beberapa ADUN PR akan menyertai BN.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pentas Studio Pengadunan Digital Perbadanan Filem Nasional (Finas) di Kompleks Merdeka Studio di sini malam ini.

Awal hari ini, Abdullah memberitahu pemberita bahawa beberapa wakil rakyat PR di Perak akan menyertai BN.

"Insya-Allah, ia akan berlaku. (Kita akan) terima mereka kerana ini pilihan mereka dan mereka mahu menyertai kita dalam perjuangan... ia akan merupakan satu pengalaman baru untuk mereka dan membenarkan mereka berpeluang untuk berkhidmat melalui BN," kata Abdullah BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain