suria

Dua ADUN hilang, Umno tiada kaitan

SERTAI BN... Kehilangan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan) terus menjadi tanda tanya hingga ada yang beranggapan mereka akan menyertai Barisan Nasional (BN).
HILANG... Umno Perak menafikan kehilangan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan) ada kaitan dengan mereka.
HILANG... Umno Perak menafikan kehilangan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan) ada kaitan dengan mereka.

PETALING JAYA: Umno Perak menafikan dakwaan kehilangan dua Exco Kerajaan Negeri itu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ada kaitan dengan mereka.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut mengesahkan bahawa pihaknya tidak dapat menghubungi kedua-dua exco berkenaan sejak lima hari lalu dan laporan polis mengenainya akan dibuat.

Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahary berkata PKR sengaja mencetuskan isu yang kononnya Umno ada kaitan dengan kehilangan mereka dan menyifatkan kenyataan Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai tuduhan liar yang tidak berasas.

"Ini (tuduhan) biasalah, kalau ada yang tak kena dengan orang mereka, Umno dan BN pasti akan dipersalahkan.

"Saya pun tak tahu mereka tu hilang, jadi macam mana nak kata kita (Umno) ada kaitan dengan kehilangan itu," katanya kepada mStar Online.

Media hari ini melaporkan anggota keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu gagal menjejaki kedudukan mereka sejak beberapa hari lalu.

Jamaluddin, 52, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Kedua-dua mereka didakwa di Mahkamah Sesyen pad 25 Ogos lalu kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar dekat sini secara usahasama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

Tambah Ramly, Umno dan BN seharusnya tidak dikaitkan dengan kehilangan mereka itu.

"Kenapa nak dikaitkan dengan Umno dan BN?

"Kami tak tahu apa yang sedang berlaku dalam parti itu, bagaimana pula kami dituduh terlibat?," soalnya.

Malah menurut beliau pihaknya juga tidak mengetahui berhubung dakwaan yang mengatakan kedua-dua exco berkenaan akan keluar daripada PKR dan kemudiannya menyertai Umno.

"Tak ada, tak ada... buat masa ini tiada siapa yang menyertai Umno, kalau ada sudah pasti kami akan maklumkan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain